Pages

Sunday, September 2, 2012

Run Like A Fox!


Pada 31 Ogos yang lalu, ok 2 hari yang lalu, kampus sa mengadakan satu Larian Merdeka sempena hari Kemerdekaan kita yang ke-55. Tahun lalu sa ada ikut juga dan mendapat no 21 dalam rank tu. Sa memang bersemangat kalau ada benda-benda melibatkan lari walaupun bukan pandai pun berlari..haha.

Untuk kategori lelaki hanya 28 orang yang ikut dan sa rasa orang yang ikut larian ni bukan calang-calang orangnya. But who cares, I just want to enjoy the game..haha..No larian sa C054. Bagi kategori lelaki, jarak larian ialah 12 km. Gila. Jauhkan?

Malam sebelum larian tu sanggup cari baju warna neon. Neon ni maksudnya warna yang terang dan memancar. Biaselah, kalau lari mesti nampak glamourkan? Haha. So sa pinjam member punya baju.

Pada pagi yang indah itu, larian dimulakan dan sa pun mulakan larian dengan slow and steady. Sepanjang 12 km tu, sa tak berhenti pun dan teruskan berlari seperti harimau. (err). Mula tu ramai yang potong, biaselah, semua semangat berkobar-kobar mau berlari, sa jak yang perlahan-lahan. Tapi lama kelamaan, sa potong dorang satu demi satu. Potong, potong, potong dan potong, tak sedar sa dah berada tempat keempat! Then saya lari dan lari dan lari lagi, sa berjaya memotong orang ketiga, dan ini bermakna, sa berjaya menempatkan diri tempat ketiga! Malangnya  sa tidak dapat potong orang kedua dan pertama, jauh gila dorang kasi tinggal sa. Hahaha.

Baru nak mula lari, ok time tu dah rasa penat. -.-

Nampak camera terus senyum. Oh, see that neon colour of that shirt!

Oh, that feeling bila dapat sampai ke destinasi dan yang paling seronok, dapat no 3! 

Bagi bahan bukti yang aku ikut track yang betul


Well, that’s that, sa dapat tempat ketiga dalam Larian Satu Malaysia! Perasaan? Mestila gembira! This is the biggest achievement in my life. Sa bukan seorang pelari jarak jauh pun. But this is havoc! I cannot believe my eyes! Seriously I will remember this forever! 
Me and my two other friends yang dapat top ten dalam larian tu..Oh, awesome dapat naik pentas!

Hamper dan medal

I will never forget this. :)


So, my tips untuk menang? Ok, takde orang tanya kat sa pun bagaimana untuk menang. Hahahaha. Saja ja mau share. Tips dia satu ja : Never ever give up! Selain dari kekuatan stamina kita, mental pun penting juga. So, kekuatan mental harus dilatih dari awal lagi. Bagaimana untuk melatih mental kita? Bagi sa, kekuatan mental boleh dilatih sewaktu bersenam sebab sewaktu bersenam, sa selalu push diri sa untuk teruskan perjuangan. Contohnya, sa buat 100 pushup, so sa harus habiskan 100 pushup tu no matter happens. I will strive for it. Yang penting, kita harus ada MATLAMAT. Contoh matlamat ialah nak kuruskan badan, so buatlah betul-betul kalau mau capai matlamat tu.

As sa latih mental sa untuk push semasa any workout, benda tu jadi kebiasaan untuk sa. Kalau sa nak push diri sa, sa akan cakap sorang-sorang, as time larian tu, sa motivate diri  “Nak sampai dah ni” , “Dekat ja 12 km ni..” walaupun masih jauh. Hahaha. Akhirnya, sa dapat no 3!

No matter how hard the situation is, just don’t give up. Push yourself out from your comfort zone. Biar kau menangis. Hahahaha. Think of your GOAL. You have to be strong all the time. Come on, larian ni bukan setiap hari, why not buat sekali habiskan? Kalau bersenam pun, why not push yourselfkan? Your workout just 1-2 hours a day. It’s like 1% of your day and lepas tu, tidur. No excuse sebenarnya untuk workout.

So that’s my tips how to push through your run or workout. Pendek kata, HAVE GOALS AND STRIVE FOR IT. You want the result, go for it!



And thanks kepada yang memberi moral support kepada sa sebelum larian tu. Walaupun hanya sedikit, tetapi at least dapat memberi semangat untuk sa lari. I will never ever forget this moment. Thank you!

Sekian...

No comments:

Post a Comment

Free Lines Arrow